Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang jugabergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Dudukberdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonominegara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama ratademi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusahpayah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara??? Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaumlain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalamsemua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarangbekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri! malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayargaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik RAJA-RAJA MELAYU. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlakudalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.
Pendapat anda?
~~~ ini pendapat saya...
1) MALAYSIA = Melayu+Asia
1) Bukan Indiasia, bukan Cinasia apatah lagi Benggalisial
*aku tak racist kalau bukan kerana sifat dan sikap bangsa yang tak sador diri ni. Jangan tangkap aku sebab takde tanah nak jual buat bayor Tuan Sigh lowyar. Lagipun aku tak salah. Aku tak hina Raja aku, Agama aku, Bangsa aku macam 3 bangsa lahanat ni buat. Lagi satu, ni kan dah dekat ulangtahun kemerdekaan negara kita. Ada tak ko nengok umah atau kedai orang cina sibuk2 pasang bendera MALAYSIA? Renungkan...
Tuesday, August 25, 2009
PERUNTUH MASJID PELUK ISLAM
Susunan SITI AINIZA KAMSARI-utusan malaysia 30/07/09
BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.
Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.
Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.
Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.
Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.
Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.
Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.
Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.
Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.
Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.
Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.
Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.
Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.
Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.
Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.
Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.
"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.
"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

Friday, August 21, 2009
Karya Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan.
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar.
Janji simpan di perut,
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu...
Mamak dan Malbari serap ke Melayu.
Malah mua´alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu...;)
Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman~Begitu luas daerah sempadan.
Sayangnya kini segalanya kehilangan...
Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka,
Akar budi bersulamkan daya,
Gedung akal laut bicara,
Malangnya Melayu itu kuat bersorak...
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
tanah sebidang mudah terjual.
Meski telah memiliki telaga,
Tangan masih memegang tali.
Sedang orang mencapai timba,
Berbuahlah pisang tiga kali.
Melayu itu masih bermimpi...
Walaupun sudah mengenal universiti,
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan...
Setia dan sabar tiada sempadan.
Tapi jika marah tak nampak telinga,
Musuh dicari ke lubang cacing!
Tak dapat tanduk telinga dijinjing!
Maruah dan agama dihina jangan...
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali...
Silaturrahim hati yang murni.
Maaf diungkap senantiasa bersahut.
Tangan diulur sentiasa bersambut.
Luka pun tidak lagi berparut...
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan.
Selagi yang ada sanggup diberikan.
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan... Suami pulang lapar tak makan. Kera di hutan disusu-susukan, Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang.
Jika pantang menghalang kemajuan,
Jangan segan menentang larangan.
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan!
Jika percaya kepada keadilan,
Jadilah bangsa yang bijaksana!
Memegang tali memegang timba,
Memiliki ekonomi mencipta budaya.
Menjadi tuan di negara Merdeka!!!
(Usman Awang)

Saturday, August 15, 2009
Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum...
Waktu ini saya sedang bekerja dan tiada apa yg nak dibuat... Beberapa hari sebelum ni ada saya curi2 waktu utk edit blog yg baru ni. Terlintas dalam fikiran, puasa hanya tinggal seminggu saja lagi. Saya gunakan tarikh gembira bagi umat Islam ini utk merasmikan blog yg tak seberapa ini. Dalam hati terlintas ujudnya blog ini utk kita sama2 meluah buah fikiran tak kira soal apa sebab apa. Yang pentingnya intipatinya utk kita. "Orang Coklat"...
Tapi pada hari ini, tujuan yg sebenarnya hanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam didunia. Sama2 kita hayati keindahan Ramadhan. & digunakan untuk memperbaiki diri terutamanya diri saya sendiri. dan dapatlah kita sama menggandakan ibadat kita agar keindahan berpuasa itu dapat kita nikmati.
Sempena bulan yang mulia ini juga saya dengan Rasminya memaklumkan konon2nya melancarnya & berlayarnya blog baru saya dimana selepas ini dapatlah kita sama memberikan buah fikiran dan bertukar2 pendapat demi...
AGAMA, BANGSA & TANAH TUMPAH DARAH.
Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan.
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Takkan hilang Melayu didunia,
Sumpah! Takkan lembik Melayu di Malaysia!!!
Salam Ramadhan al-Mubarak...
Subscribe to:
Posts (Atom)